Bandaraya yang unik di mana kemodenan dan dunia lama bersatu, Melaka ternyata merupakan sebuah destinasi yang wajib dilawati.

Dengan masa silam yang penuh warna-warni, kesan peninggalan penjajahan dari Portugis, Belanda ke British terpancar dengan jelas di setiap pelusuk bandaraya bersejarah ini sehingga diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.

Selain menjejaki peninggalan silam di kota klasik ini, Melaka juga tidak ubah seperti Georgetown yang kaya dengan gerai-gerai makan yang menarik untuk memuaskan deria rasa anda sewaktu bercuti.

Kata-kata tidak cukup untuk menjelaskan keistimewaan negeri ini, mai singgah ke Melaka untuk menikmati sendiri tarikan-tarikan yang terdapat di Melaka ini, tapi sebelum itu, anda perlulah membuat memilih tempat penginapan terlebih dahulu.

Bagi anda yang ingin menikmati percutian di Melaka beramai-ramai, penginapan homestay adalah sebuah pilihan yang terbaik untuk keselesaan anda sepanjang percutian, tidak perlu lagi berebut katil dan juga ruang homestay yang luas untuk beraktiviti.

Untuk artikel kali ini kami menyenaraikan 17 homestay murah di Melaka, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk membantu anda memilih homestay yang terbaik bersesuaian dengan keperluan percutian anda.

Baca: 11 Hotel Di Bandar Hilir Melaka Yang Murah | Bajet & Berdekatan

Jika anda dan keluarga mencari sesuatu yang istimewa untuk percutian anda ke Melaka, boleh cuba menginap di The Nest House.

Terletak di Taman Melaka Raya, ia merupakan homestay eco-friendly yang lengkap dengan 10 bilik ini dihias dengan penuh bergaya. Elegant, kontemporari dan modern, setiap ruang di The Nest House bukan sahaja cantik, is juga mesra alam.

10 bilik di sini terbahagi kepada 3 jenis. Anda boleh memilih antara bilik Premium King bersama private garden, bilik Deluxe atau bilik Standard.

Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, keperluan asas dan TV untuk keselesaan optimum anda.

Semua bilik juga disiapkan dengan bilik mandi en suite. Seluruh guesthouse ini dilengkapi dengan sambungan WiFi untuk memudahkan semua.

Cantik, selesa dan lengkap anda boleh nikmati percutian penuh mewah di guesthouse The Nest House ini.

Alamat: 129, Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Atlantis By The Bliss merupakan sekumpulan unit apartment yang telah diubah suai menjadi homestay.

Terletak di dalam Atlantis Residence, homestay-homestay ini menjanjikan penginapan istimewa untuk anda dan keluarga ketika bercuti. Setiap unit dihias dengan penuh teliti dan gaya. Memang cukup cantik.

Ada beberapa unit yang boleh anda pilih yang boleh memuatkan bilangan tetamu berlainan. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian dan saiz keluarga anda. Antara apartment 1 bilik, we bilik atau 3 bilik tidur.

Semuanya dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi yang selesa, keperluan asas dan sambungan WiFi yang akan memudahkan anda dan keluarga.

Selain itu, dapur yang lengkap dengan peti sejuk, microwave dan kelengkapan asas untuk makan juga membantu anda dan keluarga berasa lebih selesa.

Alamat: Atlantis Residences, Jalan KSB 11A, Taman Kota Syahbandar, Melaka

Kepada mereka yang lebih suka menginap di homestay jenis rumah teres, 28 Residence Homestay mungkin pilihan terbaik untuk anda.

Bilik-bilik selesa dengan hiasan minimalis beserta ruang tamunya yang luas memastikan masa anda disini pasti rileks.

Untuk yang membawa kereta sendiri ada tempat parking berpagar yang selamat. Homestay ini terletak hanya 15 minit sahaja masa memandu ke Kota A Famosa.

Thirteen Famiglia Malacca merupakan homestay jenis hotel mini yang terletak di Taman Melaka Raya.

Terdapat pelbagai kemudahan yang dapat anda nikmati termasuk kolam renang. Selain itu, bilik-bilik penginapan jenis suite di sini memang selesa. Sudah tentu selesa la dengan hiasan dalaman ala hotel mereka.

Ada beberapa jenis unit di sini yang boleh anda pilih mengikut jumlah tetamu percutian anda. Suite superior boleh memuatkan 4 pax, Suite Deluxe King, Suite Superior King dan Deluxe Double boleh memuatkan 2 pax.

Setiap unit dilengkapi dengan bilik mandi ensuite dan ada unit yang lengkap dengan pantry kecil untuk kemudahan anda dan keluarga.

Alamat: No 1-B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, Melaka

Tercari-cari penginapan yang sempurna di dalam segala aspek, lokasi, pemandangan, dekorasi dalaman dan keselesaan yang tiada tolok bandingnya? Inilah antara penginapan yang tepat bagi anda.

Terletak kurang 1 km dari tarikan-tarikan menarik di Melaka dan bersebelahan dengan sungai, Backyard Rio Melaka sangat sesuai bagi anda yang ingin menerokai segala yang ditawarkan Melaka.

Keseronokan bercuti di Melaka bukan sahaja dapat dinikmati dengan berjalan-jalan di kawasan sekitar, kerana bersantai di homestay ini juga pasti membuatkan hati anda tidak henti-henti teruja dengan dekorasi dalamannya dan pemandangan yang ditawarkannya.

Sekali menginap di sini, penginapan lain lenyap dari fikiran. Homestay ini adalah definisi sebuah kesempurnaan, tak percaya? Apa kata anda cuba dulu.

Lihat Tawaran Terkini Penginapan Terbaik di Melaka

Lebih sesuai untuk percutian berkeluarga atau berkumpulan lebih besar, Melaka Homestay yang terletak di Taman Limbongan Permai membolehkan anda sekeluarga bercuti dan bermalam dalam penuh keselesaan.

Homestay jenis rumah tiga bilik ini telah pun dihias dengan cukup simple, manis dan menarik. Lokasinya juga cukup ideal, berdekatan dengan spot-spot tourism utama Melaka.

Rumah ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Jadi, ia cukup selesa untuk sekurang-kurangnya 6 pax.

Dapur dilengkapi dengan cerek dan peti sejuk, ruang tamu dengan TV dan ruang tamu yang selesa, tentu percutian anda cukup seronok sekali. Rumah juga lengkap dengan penghawa dingin. Jangan lupa untuk membuat tempahan.

Alamat: NO 32, Jalan LP 12 Taman Limbongan Permai, Melaka

Mahukan homestay yang convenient dan selesa? Cubalah D’Mango Cottage Homestay yang terletak di Jalan Pokok Mangga, Melaka. Homestay ini merupakan jenis apartment yang terletak di atas shoplot.

Ini memudahkan anda dari segi, mencari makan, kedai serbaneka dan lain-lain. Malah, lokasi D’Mango Cottage Homestay ini betul-betul terletak di atas sebuah kafe dinamakan Anelta Cafe. Cukup Menarik, kemas dan selesa, ia dihias dengan teliti dan cantik.

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Kemudahan seperti penghawa dingin, TV, seterika dan mesin basuh sudah tersedia di sini.

Malah, mereka turut menyediakan pelbagai kelengkapan seperti set pinggan mangkuk, tuala mandi dan peti sejuk. Ada juga kelengkapan lain seperti set minuman kopi dan teh untuk anda nikmati.

Alamat: 22-1a, Jalan Pokok Mangga, Taman Sri Pandan 1, 75250 Melaka

Imperio Residence Melaka merupakan sebuah homestay jenis apartment studio yang lebih sesuai dijadikan penginapan untuk keluarga kecil. Terletak di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka, ia juga menawarkan pemandangan laut yang cukup menawan dan istimewa.

Imperio Residence dilengkapi dengan 2 katil single dan 2 tilam futon. Bilik mandi ensuite juga sangat selesa. Seluruh unit lengkap dengan penghawa dingin. Ada juga ruang makan kecil di sini.

Malah, lebih mengagumkan, homestay ini juga ada dapur kecil yang ringkas dengan kelengkapan microwave dan stove memasak. Anda juga dialu-alukan untuk menikmati kemudahan di pangsapuri ini seperti kolam renang, gim dan taman permainan.

Sebuah lagi homestay jenis apartment yang boleh anda jadikan pilihan untuk percutian anda ialah Royale Klebang Homestay.

Terletak di Jalan Pokok Mangga, homestay ini sangat strategik dengan lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai tempat-tempat pelancongan Melaka.

Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Cukup selesa untuk sekurang-kurangnya 6 pax, apartment ini juga lengkap dengan 3 katil Queen dan penghawa dingin.

Ruang tamu juga lengkap dengan TV dan dapur yang serba lengkap tentunya akan memudahkan anda sekeluarga.

Anda boleh menikmati kelengkapan seperti peti sejuk, microwave, rice cooker dan peralatan memasak. Kalau taknak beli makanan, bolehlah masak sahaja.

Alamat: 22-1B, Jalan SP 1/1, Taman Seri Pandan 1, Jalan Pokok Mangga, Melaka

Mahkota Seaview Condo merupakan homestay jenis apartment yang menjanjikan keselesaan, kemudahan dan tentunya keseronokan untuk sebuah percutian yang tak dilupakan.

Unit apartment ini dihias dengan cukup bergaya dengan style kontemporari, modern dan chic. Anda juga akan menikmati kemudahan yang serba lengkap di apartment ini termasuk taman permainan dan kolam renang yang siap dengan gelongsor air.

Apartment ini mempunyai 2 bilik namun mampu memuatkan sehingga 6 pax dengan cukup selesa. Bilik utama mempunyai katil single dan 1 katil Queen, manakala bilik kedua mempunyai katil Queen.

Di ruang tamu, anda boleh memuatkan sekurang-kurangnya seorang lagi tetamu di katil sofa. Seluruh apartment lengkap dengan penghawa dingin dan sambungan WiFi. Untuk percutian yang istimewa, buat tempahan sekarang!

Alamat: No 5046, Block H, Costa Mahkota Service Apartment, No 16, Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka

Simple, ringkas namun cukup menarik dan selesa, Cardamom Homestay di The Wave Residence memang diminati ramai kerana lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan Jonker Walk.

Fasiliti yang tersedia di The Wave Residence ini juga dapat dinikmati. Contohnya gim, taman permainan dan kolam renang.

Terdapat 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi yang cukup selesa di sini. Mudah memuatkan sehingga 4 pax dengan selesa.

Pantry atau dapur mini juga lengkap dengan peti sejuk, microwave dan kelengkapan makan. Balkoni yang luas dan WiFi yang melitupi seluruh unit juga akan memudahkan anda sekeluarga nanti.

Alamat: A-13-05, Tower A, Jalan KLJ 5, Kondominium Kota Laksamana Jaya, Melaka

Sebuah lagi homestay jenis studio untuk anda dan pasangan atau keluarga kecil anda, Imperio Homestay ini sangat selesa dan lengkap.

Malah, kami rasa kemudahan dan hiasan dalaman di sini cukup mewah.

Memang akan membuatkan anda rasa seperti tinggal di hotel mewah. Fasiliti seperti kolam renang, taman permainan, gim, sauna dan lain-lain tentu menambahkan keseronokan kepada percutian anda.

Unit homestay ini lengkap dengan katil bersaiz King yang selesa. Bilik mandi juga disediakan.

Yang istimewanya tentang bilik mandi di sini ialah bathtub yang bersebelahan dengan tingkap, membenarkan anda relaks sambil menikmati pemandangan indah.

TV dan WiFi juga disediakan di sini untuk hiburan anda sepanjang penginapan. Peti sejuk, mesin basuh dan pinggan mangkuk juga membuatkan percutian anda lebih mudah dan selesa.

Alamat: Imperio Residence B 19-12, 192, Melaka Raya, 75000, Melaka

Daripada namanya sahaja pasti anda dapat meneka di mana lokasinya yang tak lain tak bukan berdekatan dengan kawasan terkenal di Melaka ini, Jonker Walk yang hanya 500 meter berjalan kaki dari sini.

Menginap di My Jonker Homes pasti membuatkan jiwa anda riang ria secara tiba-tiba kerana keceriaan hiasan dalamannya yang penuh warna-warni. Barulah sesuai dengan mood percutiankan?

Bagi anda yang bercuti beramai-ramai, apartment My Jonker Homes ini agak luas dengan 3 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan katil yang besar.

Alamat: No.3, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, Seksyen 1, 75200 Melaka

Jetty Suites Apartment menawarkan apartment dengan 1, 2 dan 3 buah bilik, nak yang mana? Bukan sahaja faktor bilangan bilik yang boleh anda pilih, malahan juga pemandangan yang anda inginkan, bandar Melaka?

Pemandangan laut membiru? Kolam renang? Tepuk dada, tanya selera, apa-apapun, cepat-cepat booking ya, agak hot juga Jetty Suites Apartment ini dalam kalangan pelancong.

Selain pilihan apartment yang pelbagai, lokasinya juga sangat menarik bagi anda yang kaki shopping, ini kerana pusat membeli-belah yang meriah di Melaka seperti Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall semuanya terletak kurang 500 meter dari homestay. Bukan itu saja, Menara Taming Sari hanya 12 minit saja masa memandu dari penginapan ini.

Alamat: Unit 3125, Costa Mahkota, No.16, Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Terletak tidak jauh dari Dataran Pahlawan Megamall dan Mahkota Parade yang hanya dalam 6 minit pemanduan dari homestay, Saffron Stay Melaka sememangnya terletak di dalam lokasi yang gempak di Melaka.

Selain pusat membeli-belah ini, dengan hanya berjalan kaki sahaja anda boleh sampai ke 7E dan Speedmart untuk membeli kudapan atau barangan keperluan yang lain. Lokasi yang best, bagaimana pula dengan penginapannya?

Melangkah masuk ke homestay dengan 3 bilik ini anda dapat merasakan atmosfera yang cukup menenangkan jiwa, dekorasi homestay ini sangat menyejukkan pandangan mata dengan lantai yang cerah dan perabot-perabot yang berwarna natural.